H I D U P (2)

9:23 AM by , under

_Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pagi ni aku dapat menyelesaikan beberapa perkara bersarapan dengan parent,solat subuh dan bertukang dengan penuh semangat sekali. Harap -harap janganla jiran sebelah rumah terasa hati dengar ketukan tukul yang memecah sunyi di pagi hari. Mungkin aku dapat membantu mereka dengan memberikan bunyian bonus selain dari alaram handset atau jam loceng ayam. ehehe

Harini 16hb June. Sedar tak sedar dah masuk setengah bulan June. Means ade setengah tahun je lagi dah nak habis 2010.Owh...cepatnya masa berlalu.Masih banyak lagi tugasan yang belum aku selesaikan.Moga Allah bantu dengan rahmat dan pertolonganMu y aRabb.

Tak tahu pula kenapa aku nak berceloteh di pagi hari ini.Jari ni gatal je nak mengetuk-ngetuk (bahasa pasar) keyborad yang da usang ni. ketuk..ketuk..ketuk...macam tu kot bunyinya. hehe...

Tapi aku tak rase nak berbual kosong dengan memberikan beberapa buah fikiran dan peringatan tak lain tak bukan untuk diri aku sendiri-insan yang pelupa. Ya,manusia itu seharusnya diberikan peringatan bukan disalutkan dengan kesenangan dan ketenangan yang membuatkan kita jauh dari mengingatiNya. Paling kurang ape salahnya diri ini diberikan peringatan walau dengan sepatah nasihat yang berupa " berapa banyak kau istighfra wahai diri yang pelupa? sedangkan nabi yang maksud (tiada dosa) pun beristghfar paling kurang 80 kali sehari.

Semalam mase aku duk menunggu di workshop kereta,aku melihat kereta buruk aku tu.Lama aku tenungkan.Lagi lama makin jauh aku memikirkan tentang sesuatu. Yup. "KEPERLUAN dan TUJUAN."

Dalam hidup ini mesti akan ada keperluan kita sebagai seorang manusia dan tujuan mengapa kita dihidupkan. Mane yang penting bagi aku pasti jawapan bagi aku adalah keduanya. Namun dalam meneliti hakikatnya. kita seharusnya sedar dengan tujuan penghidupan kita tak lain tak bukan " beribadah " kepada Allah.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Aku rasa ramai dah tahu ayat ni da maksudnya sekali.

Tapi ape yang aku duk fikirkan adalah setakat mana kita harus mengimbangi antara keperluan dan tujuan hidup ini.

Mengabaikan keperluan demi mengejar tujuan bagi aku adalah salah sama sekali. Takkan nak duk masjid baca quran sedangkan anak isteri kelaparan. Atau pun sanggup berpakaian compang camping asalkan tutup aurat di khalayak ramai.

Atau pun kita mengejar keperluan hidup kita dan terus melupakan apakah sebenarnya tujuan hidup di muka bumi ini. Ah..fenomena seperti inilah yang selalu kita dapat lihat sehingga kan hukum-hukum Allah tidak lagi menjadi sandaran dek mengejar kesempurnaan keperluan kita.Contoh yang orang duk kecoh-kecoh macam menghalalkan judi World Cup untuk kemajuan sukan negara?

Sebuah komputer yang sempurna pastinya mempunyai software dan hardware yang sempurna untuk memastikan komputer itu akan hidup dan memberi manfaat. Apakah kita yang hanya mementingkan aspek tujuan hidup kita dengan hanya membeli software sahaja dengan harapan komputer akan hidup? Sudah tentu tidak ......

Atau dalam contoh nyang lain, ibarat kita yang mahu mendapatkan buah yang tinggi di atas pokok, adakah kita hanya bermimipi2 untuk mendapatkannya dengan tidak mengambil galah? Dalam masa yang sama galah yang kita gunakan sebagai keperluan itu pastinya bukan menjadi keutamaan kerana bukan lah galah yang kita mahu makan.

Muslim/muslimah yang benar pasti akan mengimbangi antara keperluan dan tujuan hidup ini. Hidup dengan tidak mengabaikan keperluan dan tidak melupakan tujuan. Hati yang tenang pasti kita akan dapat bila mana tujuan hidup kita jelas dan mahu dicapai dan dalam masa yang sama hidup yang senang kita kana peroleh dari keperluan yang cukup.

Tak susah pun sebenarnya kan. kita keluar rumah , pakai kasut kanan dan kiri dan terus melangkah ke luar untuk belajar atau bekerja contohnya,kita niatkan lah sebagai ibadah kita supaya apa yang kita buat ini akan mendekatkan lagi kepada Allah.

Pastinya suasana belajar atau bekerja kita akan lebih harmoni tanpa ada unsur penipuan/rasuah/penyelewengan dan sebagainya.

_full stop



edit post

2 Reply to "H I D U P"

Acaii on June 16, 2010 at 12:58 PM

Subhanallah, terima kasih atas ingatan ini sahabat. Aku sangat suka baca benda2 camni kang. Semoga kita semua sentiasa beringat tentang tujuan kita pijak bumi Allah sekarang ni.

Manusia, kadangkala memang kita lupa tetapi mana yang ingat tu, menjadi tanggungjawab kepadanya untuk salling mengingati walaupun sepatah kata cuma.

 

Unknown on June 16, 2010 at 8:26 PM

smoga kite hidup dlm dunia yg saling mngingati antara 1 sama lain...