B O N G K A K (0)

8:34 PM by , under


Dry your tears, originally uploaded by mr_fairuz.

_assalamualaikum.....

Tertanya-tanya aku bagaimanakah kita patut jujur dan ihsan dengan diri sendiri. Apa yang aku rasakan ialah seseorang itu seharusnya menjaga harga diri dengan sebaik-baiknya. Lantas bagaimana pula keadaannya maruah harga diri itu berada di tahap yang rendah?

Persoalan itu boleh dijawab bila mana seseorang itu merasakan dirinya tidak boleh mencapai sesuatu kejayaan dengan berperasaan negatif. Atau pun boleh juga say akatakan bahawa segala pencapaian orang lain tetap akan dijadikan alasan untuk kita tidka berusaha dek kerana halangan-halangan yang pada saya masih mampu kita tempuhinya.Mungkin juga boleh dikategorikan manusia seperti ini dengan self sabotaging habit dalam istilah psikologinya. Pada ketika ini, dirinya sudah menjadi musuh sedangkan di hadapan kiri dan kananya juga musuh sudah mengelilinginya.

Sewajarnya setiap manusia itu mestilah memiliki perasaan tinggi harga diri dengan selalu berkata-kata kepada dirinya yang kita boleh untuk melakukan sesuatu perkara. Saya melihat bahawa kejayaan itu adalah lebih mudah dan boleh dicapai bila mana sesuatu perkara itu kita lakukan dalam keadaan kita ceria dan bersemangat untuk melakukannya.

Bukanlah ini bermakna saya menyeru kepada anda supaya berperasaan takabbur. Nah, pada pengamatan saya berperasaan tinggi nilai diri adalah sangat berbeza dengan takkabur. Hal ini kerana berperasaan tinggi nilai diri adalah satu sikap di mana kita merasa harga diri kita adalah sesuatu yang sangat berharga dan begitu juga harga diri orang sekeliling kita berada pada keadaan yang sama. T A K A B B U R pula amat berbeza konsepnya di mana kita sendiri sudah merasakan diri kita adlaah yang terbaik dan dalam masa yang sama nilai harga diri orang lain adalah rendah.

Astaghfirullah. Sifat bongkak dan takabbur ini hanyalah sifat yang telah Allah khaskan kepada zatNya sahaja. Kita sebagai manusia yang masih menghirup udara Allah, masih lagi mampu untuk mencelik dan menutup mata kita dan yang lebih dekat lagi jari jemari ini yang masih mampu untuk memetik keyboard ini semuanya hanya ihsan dan rahmat kasih sayang Allah.

"Mengejar dunia hendaklah kita melihat siapa yang di belakang/ bawah kita..mengejar akhirat teruslah memandang ke orang jauh berada di hadapan"



edit post

0 Reply to "B O N G K A K"