Showing posts with label art of appreciation. Show all posts
Showing posts with label art of appreciation. Show all posts

T U T U R (2)

2:03 PM by , under

Hari ini. 26 Mei 2010 adalah 54.
Yep, 54 tahun....
Ir Mohd Yaakob bin Zakaria

Hari yang memang aku tunggu sepanjang tahun hanya untuk aku mengucapkan rase setinggi kesyukuran dengan nikmat yang telah limpahkan kepada aku iaitu kurnia Allah seorang insan yang tetap menyayangi aku dan sekeluarga - ABAH.

Kasih sayang beliau sukar untuk aku jumpa pada lafaz kata-katanya dan tutur bicaranya. Kasih sayang nya juga sukar untuk aku rasa melalui pelukan dan tepukan tangan pada belakang aku namun kasih sayang sayangnya amat jelas dan dapat aku rasa pada perhatian dan tegurannya sebagai panduan hidup aku.

Qudwah atau contoh yang diajar kepada aku melalui tingkah laku dan gerak gerinya semakin aku perasan dan dijadikan pengajaran apabila umurku sudah mencapai dewasa. Selalu aku fikir bagaimana jerih payahnya bekerja siang malam membesarkan aku yang memang betul betul besar ini meyakinkan aku bahawa beliau lah hero dalam keluarga aku dan pastinya contoh tauladan untukku di kemudian hari.

Jujur aku katakan bahawa lafaz sayang kepadanya adalah jarang untuk aku tuturkan, tapi hari ini lafaz tu jugalah yang aku dah ucapkan melalui sms kerana masih tidak punya kekuatan lagi untuk dituturkan dengan lidah.

"terima kasih atas ucapan dan doa dari anak-anak"

Itulah dia reply yang aku dapat dan aku dapat rasa betapa abah sangat menghargai ucapan dan ingatan kami anak - anak semua untuknya. Tak tahu kenapa rasa sayu bila aku tulis entry ini kerana aku rasa sangat-sangat beruntung mempunyai dirinya - seorang ayah yang tidak mempunyai sempadan kasih dan sayang terhadap emak,aku,naim,ayub.nabilah dan arif mohsin (manja)...

a b g s a y a n g a b a h

(This entry is post without picture,tq)



edit post