Salam maulidur rasul buat semua pengunjung...
Alhamdulillah hari ini jika kita lihat betapa ramai umat islam di dunia ini mengadakan sambutan maulidur rasul atas rasa kecintaan mereka pada junjungan nabi muhammad s.a.w. Seorang ustaz pernah bertanya adakah kita ini berbangga menjadi umat baginda muhammad s.a.w?maka rugilah bagi diri kita jika kita tidak berasa demikian kerana terdapat beberapa contoh dari beberapa nabi yang terdahulu betapa mereka ingin menjadi umat baginda kerana nabi muhammad saw merupakan kekasih Allah swt.
Contoh yang pertama kita lihat dari kisah nabi adam a.s di mana tika mana nabi adam dan hawa di campakkan ke dunia akibat memakan buah khuldi,nabi adam meminta ampun selama beribu-ribu tahun sehinggakan nabi adam melihat kalimah "LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH" maka dengan zat nama nabi muhammad itu sendiri nabi adam pun memohon keampunan lantas diampunkan nabi adam dan hawa.
Contoh yang kedua kisah nabi nabi isa a.s tika mana baginda diturunkan semula pada hari kiamat nanti maka seluruh umat islam berkumpul untuk solat.Maka tentunya insan yang paling layak adalah nabi isa a.s itu sendiri,tetapi baginda nabi isa terus menarik tangan imam mahadi untuk menjadi imam kerana pastinya orang kristian akan mengatakan "lihatlah pada akhir zaman ini nabi kami mengimamkan umat nabi muhammad maka tentulah agama kami adalah agama yang benar".Oleh sebab yang demikian,maka imam mahadi lah yang sudah pastinya bukan rasul dan nabi malah umat nabi muhammad mengimamkan solat dan di belakangnya nabi isa a.s utusan allah.
Dari dua kisah yang disebutkan tadi di manakah tahap kita yang sebenarnya?yang siang dan malam mengaku umat baginda s.a.w?mengaku mencintai nabi muhammad s.a.w?akan tetapi pada masa yang sama betapa ramai nya umat zaman sekarang ini meruntuhkan agama yang susah payah nabi kita tegakkan pada awal penurunan deen islam ini.
Apakah kita tidak menggunakan akal fikiran yang telah allah berikan kepada kita?apakah kita diibaratkan sebagai lebih rendah darjatnya dari binatang ternakan seperti yang disebutkan di dalam alquran?Sama-samalah kita muhasabah kembali kedudukan kita sebagai umat nabi muhammad saw dan menyemai cinta allah dan rasulnya kerana ke dua cinta ini adalah cinta yang pasti dan terutama dari cinta manusia yang penuh dengan penipuan dan dusta.
Macam mana dengan kita??
more high size picture on my flickr
0 Reply to "Salam Maulid Ar rasul...."
Leave a Comment