C I N T A (2)

1:27 AM by , under


Stunned, originally uploaded by mr_fairuz.

_Assalamualaikum...

Memperkatakan tentang cinta. Yup.. cinta .. cinta..dan cinta... Ingat lagi tak bila mana masa kita mula-mula kenal cinta..lebih terfokus cinta kepada insan yang bukan ahli keluarga kita, dan semestinya belainan jantina. Masih ingat lagi tika mana cinta itu mula berputik dan diri ini bagaikan terawang-awangan, kaki yang tidak dijejak ke tanah, fikiran melayang bak burung berterbangan. Handphone yang tak lekang di tangan, jika masa itu tidak ada handphone, telefon awam tempat bertafakur sambil membawa sekantong wang syiling yang ditukar di kedai runcit bersebalahan? tidak kurang pula nada dering yang di"Set" juga semuanya lagu-lagu cinta. rak buku juga dipenuhi dengan novel-nocel cinta yang tidak berkesudahan "ending" nya.. hehehe... menarik bukan...? Itulah perasaan bagi sesetengah atau kebanyakan insan yang baru mengenal cinta....

Lalu bagaimanakah kita sebagai seorang insan yang bertanggung jawab terhadap dirinya bijak menguruskan cinta? Memperkatakan aku hanya cinta Allah dan hanya cinta Rasul itu sudah tentu tidak cukup bahkan mesti dibuktikan dengan anggotanya..Ah... seorang atuk yang berusia 80an pun masih lagi memunyai rasa cinta di dalamnya, justeru, cinta ini merupakan satu sunnatullah yang memang diwujudkan kepada hambaNya..

CINTA TERUTAMA

Sudah tentu cinta yang utama adalah cinta kepada Allah dan RasulNya.. tnamun ungkapan aku mencintai Allah dan RasulNya tidaklah semudah pengucapan di bibir tanpa kita betul-betul pasti adakah kita mencintai Allah dan RasulNya melebihi dari cinta yang lain..Jadi terlintas di benak fikiran.. Bagaimanakah kita mencintai Allah dan RasulNya itu melebihi dari yang lain?

Yup, jawapannya mudah.. sama seperti kita mencintai pasangan kita, sudah tentu kita tidak akan buat perkara yang tidak disukai malah akan terus mengambil hatinya dengan perkara yang disukai, samalah kishanya dengan cinta Allah dan RasulNya.. "Mengikut apa yang diperintah dan Menjauhi apa yang dilarang".. itulah kunci pembuktian kasih dan cinta kita kepada Allah dan RasulNya.

Mencintai Allah dan RasulNya sudah pasti hasilnya kita akan dicintai semula .. Sangat istimewa bukan? Selangkah kita kepadaNya, Sejuta langkah Allah mendekati kita... Allah... begitu tingginya kasih sayang Allah kepada kita.. rahmat yang melingkari setiap saat dan ketika.. Sesungguhnya diri ini amat kerdil apabila mengenangkan betapa besarnya rahmat dan kasih sayangNya yang sering kali dilalaikan dengan tipu daya syaitan dan nafsu. dua musuh ini sememangnya tidak pernah penat untuk melalaikan kita kan kan ..

Menyemai rasa cinta kepada ke duanya juga adalah seiring dengan rasa menyemai cinta kepada manusia. Jika semaian cinta kepada manusia adalah selari dengan semaian cinta kepada Allah dan Rasul, pasti hasilnya akan tmembuahkan kedamaian hati dan ketenangan jiwa tatkala diuji dengan cinta manusia itu sendiri... Hati yang gundah akan akhirnya juga akan kembali kepada pencipta cinta itu sendiri.. lalu bagaimanakah kau boleh memisahkan/ memesongkan cinta itu dari pencipta cinta itu?

Pemeseongan cinta itu sudah pasti akan membuahkan hasil yang tidak diingini oleh pendamba cinta itu. Lebih teruk lagi kalau-kalau "hasil cinta " itu terlahirnya seorang bayi yang tidak mengenal erti dosa ibu dan ayahnya? ini sangat menyedihkan . Hamba yang memelihara cintanya itu akan dikurniakan keturunan yang terpelihara. Keturunan yang mudah dibentuk dan seterusnya menjadi aset yang terpenting kepada ke dua orang tuanya. Lihatlah betapa cantiknya implikasi cinta yang terpelihara

PENGORBANAN CINTA

Cinta memerlukan pengorbanan? lalu bagaimanakah jenis pengorbanan yang seharusnya dikorbankan demi cinta itu? sudah pasti bukannya sebatang tubuh dan kenikmatan asmara sebelum terakadnya nikah dan qabul.

Akal yang waras kadangkala tidak dapat dikawal akibat rasa cinta yang begitu mencengkam jiwa . Sesungguhnya kenikmatan cinta itu adalah kenikmatan dunia , dan kenikmatan dunia itu boleh diibaratkan kenikmatan makanan yang begitu sedap dan lazat tetapi berapa saatkah makanan yang maha sedap dan maha lazat itu berada di dalam mulut kita dan kemudian memberikan musibah jika kita tidak mengawalnya? begitulah cinta... berapa ramai yang menjadi korban cinta yang berlansung beberapa minit akan tetapi akibatnya ditanggung seumur hidup

Ingatlah DUNIA ini adalah tempat diHISAB segala pertanggung jawaban kita dan AKHIRAT adalah tempat diAZAB jika pertanggung jawaban kita itu telah dilalaikan dek kerana cinta yang tidak terpelihara.

Moga tulisan ini memberikan aku kesedaran betapa begitu mahalnya nilai cinta kepada kekasih kita kerana nilai cinta yang tinggi itu hanyalah cinta yang bersandarkan kepada Allah dan Rasul..

Allahu Rabbi.... :(

_full stop



edit post

2 Reply to "C I N T A"

CONNIE on June 21, 2011 at 9:27 PM

nnt awak jd partner saya, sama-sama cari cinta ALLAH.

 

f a i r u z on June 22, 2011 at 3:04 PM

sama sama kita mencari cintaNya..

cinta yang tiada kesal dan cinta pasti akan dicintai semula..