I K H L A S (4)

5:19 PM by , under


Stay Strong ! , originally uploaded by mr_fairuz.


_assalamualaikum...

Kadang kala hati kita ini merasakan bahawa ikhlas adalah satu benchmark untuk kita melakukan tuntutan Allah yang maha wajib tanpa kita sedari kerana merasakan diri ini sudah cukup baik dari orang lian yang seolah-olah menuruti hukum Allah tetapi tetap melakukan dosa yang kita sentiasa jauhi.

Hakikatnya, perasaan sedemikian hanyalah salah satu tipu daya syaitan untuk merasakan kita ini sudah cukup baik kerana kita sudah mula membandingkan urusan akhirat kita dengan insan yang lebih lemah kepatuhannya kepada Allah sedangkan apabila bercakap dengan urusan dunia, kita mula membandingkan orang yang lebih hebat amalannya berbanding dengan kita,

Hadith nabi saw ada menyebutkan bahawa " Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani) ".

Perlu diingat bahawa keikhlasan yang Allah perintahkan kepada kita perlu dicari dan digali setelah kita mematuhi perintah Allah swt dan boleh dikatakan jatuh kepada level ke dua setelah arahan untuk mematuhi perintah Allah itu adalah lebih penting tanpa menunggu ikhlas itu datang untuk melakukan arahan Allah.

Justeri tidak ikhlas untuk menuuruti perintahNya , atau tidak hipokrit melakukan dosa kerana ikhlasnya belum tiba adalah satu tindakan yang salah kerana perlakuan mereka yang menjalankan perintah Allah tetapi dalam masa yang sama masih melakukan dosa-dosa adalah lebih selamat dari kita kerana at the first place mereka sudah pun mematuhi hukum Allah.

Justeru, perintah Allah yang wajib dan larangan Allah yang wajibkan kita hendaklah dilakukan kerana kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

_full stop



edit post

4 Reply to "I K H L A S"

Acaii Jawe on November 4, 2010 at 11:52 AM

Subhanallah, terima kasih sahabat atas ingatan. Kang, mana menghilang? tak jumpa kat fb,huhu.

 

f a i r u z on November 4, 2010 at 6:22 PM

salam kang acai.. wah...nyong ki udhu' wong femes pun kang..arek rehat sediluk la kang... :)

 

Acaii on November 8, 2010 at 1:41 PM

Ooooo patut sih.. Wes kangan karo gambar2 riko :) muga waras2 wae kang yo. Kapan si arek metu medang2. Manggon nang Shah Alam wae kok susah arek ketemu!! hehe

 

f a i r u z on November 8, 2010 at 3:48 PM

iki ndino keneng opo orak kang...