_assalamualaikum
Jam menunjukkan jam enam lima puluh lima pagi.Aku bangun pagi tadi dengan rasa segar setelah tidur dalam enam jam sejak malam tadi.Sempat juga aku menyelesaikan apa yang patut sejak pagi tadi.
Lepas subuh,macam biasa aku akan membaca isi kandungan sebuah kitab yang berwarna hijau datang dari luh mahfuz .Alahamdulillah.Aku rasa lega sangat-sangat.
Yups.Kitab itulah yang dinamakan dengan pelbagai nama seperti al furqan,al zikr,al-quran dan lain lain lagi nama yang aku sudah lupa.
Kitab ini banyak menyimpan kenangan aku semasa zaman aku sekolah di MARTAH Selangor dulu lebih-lebih lagi lokasinya bertempat di sebuah istana lama yang ditakuti oleh penduduk kampung pada suatu ketika dulu. Oh,bukan istana yang aku mahu ceritakan di sini.
Kitab hijau yang aku mention kan di atas tadi sebenarnya sudah terkoyak-koyak di tepinya.Namun disebabkan rasa sayang dengan kitab hijau itu,aku salotipkan lebih dari lima kali aku rasa.Di dalam nya juga tidak sunyi dari beberapa catatan tangan aku.
Setiap permulaan juzu' aku tulis tarikh yang menunjukkan itulah tarikh aku mula menghafaz juzu' itu. Penuh juga setiap tanda berhenti yang tertentu aku tandakan sebagai panduan dari syeikh aku yang mendapat sanad dari syeikh nya juga di Ardhu al-Kinanah supaya aku yang tidak berbangsa arab ini dapat berhenti dengan maksud yang lebih baik.
Melihat sahaja kitab hijau ini pasti akan mengembalikan kenangan-kenangan aku. Tidka malu untuk aku mengatakan air mata aku pun sudah tertumpah dek kerana kesusahan dan keperitan aku menghafaz isi kitab hijau ini. Juga tidak aku tak mahu sorokkan bahawa dengan kitab hijau ini jugalah membuat aku tersenyum puas dan bercampur rasa takut kalau aku leka dari mengingati isinya.
Walaupun kitab hijau ini tidak lah secantik macam kitab-kitab orang lain yang tersusun cantik dan kemas di atas rak, aku akan tetap membelek mu dan memegang isi-isi mu sebagai panduan dalam hidup aku dan family aku nanti insyaAllah.
Ya rabb moga aku terus kuat untuk terus pegang isi - isi kitab hijau sehingga akhir nafas aku. :(
_full stop

2 Reply to "H I J A U"
As kun~ on April 4, 2010 at 1:19 PM
kitab hijau itu jugak yang saya sayang~ :)
hifzul quran tu adalah nikmat hanya buat mereka yang terpilih..
dalam banyak3 hadis pasal hifzul Quran, yang ni paling terkesan:
Siapa yang membaca Al Qur'an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaiakan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, "Mengapa kami dipakaikan jubah ini?" Dijawab,"Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Qur'an." (HR. Al-Hakim)
moga dipermudahkan lekat segala sehingga nyawa dikandung badan..rahmat dan redha buatmua. ameen.
zara on May 17, 2010 at 9:45 AM
Alhamdulillah. Moga saya juga akan lebih berdisiplin dlm membaca & mengamalkan kitab hijau itu.
Leave a Comment