Orang kata kejayaan itu boleh datang secara tiba-tiba
tanpa ada usaha dan tingisan yang mengiringi bersama
Orang kata kejayaan itu boleh datang bergolek
duduk di anjung kedai mamak sambil menunggu macha datang terkedek-kedek
Tapi kejayaan yang aku percaya
bukan semuanya datang sebegitu rupa
kerana kejayaan yang Allah dah janji sama...
akan disusili dengan usaha yang berganda
walaupun datang bersama sakit derita
namun janji Allah itu bukan sia-sia
kerana tawakal dan usaha adalah kunci dan rahsia......
Anda semua bagaimana?

3 Reply to "J A Y A"
As on March 17, 2010 at 8:15 PM
bermadah kata nampaknya :P
semuanya rima yang sama
itu untuk kejayaan
jika untuk menyelesaikan dan memulakan sesuatu kerja ia adalah semudah membuka kulit pisang:
1. patahkan tangkalnya
2. kopek bahagian kulit pertama
3. kopek bahagian kulit kedua
4. kopek bahagian kulit ketiga
5. sekarang ke mulut jua boleh disua pisangnya
jika kita tidak memulakan mematahkan tangkalnya
sampai bila-bila pun tidak sampai ke mulut pisangnya.
tak mungkin pisang boleh dibaham bersama kulit-kulitnya~! ^_^
p/s: sayang seribu kali sayang, format kejayaan itu tak applicable untuk as di sini.
usaha beganda tak terlaksana dengan kecacatan diri :)
Acaii Jawe on March 18, 2010 at 8:28 AM
Subhanallah cantiknya pemendangan kat atas ni..pantai mana ni fairuz? kejayaan tu tak boleh terjadi kalau kita bermalas2an..:) apa yang kita usaha tu lah yang biasanya kita dapat..
f a i r u z on March 23, 2010 at 9:38 PM
acai: kat jeram kang....pantai remis...setuju...kita usaha kita dapat.kenapa dunia ni allah tak bagi kemewahan yang senang2 kpd org islam mcm org bukan islam?sbb dunia ni takde nilai di sisiNya..takde pape pun..so adil la allah bg kesenangan yg mudah kpd org bukan islam walaupun caranya tidak spt yg allah mahukan.
as: tere as bermadah :)
Leave a Comment