Sesebuah masyarakat yang mendiami satu tempat secara fitrahnya akan memerlukan sebuah organisasi yang mantap untuk membolehkan mereka hidup secara aman dan damai. Lantaran itu, sebuah masyarakat itu akan memerlukan seorang ketua yang akan memimpin yang mana akhirnya akan terbinalah sebuah negara yang berdaulat demi memastikan masyarakat itu bebas dari ancaman penjajahan dari luar.
Sistem pemerintahan penting untuk membina sesbeuah negara. Keutuhan sesebuah sistem pemerintahan itu akan menjamin kestabilan negara dan sosial dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya pemerintahan ditunjangi dengan struktur organisasi pemimpin yang lemah maka ianya akan terzahir dengan perpecahan dan kemunduran negara tersebut.
Sistem pemerintahan Islam merupakan sistem yang bersumberkan kepada Al Quran dan Al Sunnah. Sistem pemerintahan ini merupakan tunjang kepada penubuhan negara Islam atau Dar Al Islam. Walau bagaimana pun pentacrifan negara Islam ini mempunyai pelbagai definisi oleh ulamac-ulamac dan sentiasa dibahaskan oleh mereka. Namun demikian, ulamac-ulamac bersepakat bahawa Al Quran dan Al Sunnah merupakan sumber perundangan yang diguna pakai dalam pembentukan negara Islam.
Demikian juga bagi yang bukan Islam, pembinaan negara bukan Islam atau disebut sebagai Dar Al Kufr jelas tidak berpandukan kepada Al Quran dan Al Sunnah. Oleh yang demikian, mereka telah memperkenalkan pelbagai doktrin dan fahaman kepada masayarakat dunia termasuk Islam yang sesuai dengan logik dengan pemikiran akal yang dangkaldan terbatas. Fahaman dan doktrin ini telah menyebabkan umat manusia itu berpecah belah atas tiket ingin mencapai keadilan sejagat dan hak asasi manusia.

1 Reply to "D I A M"
Acaii Jawe on September 3, 2009 at 9:34 AM
Salam Ramadhan fairuz:)
Sangat setuju ngan entry ni fairuz. Sistem pemerintahan Islam memang bersumberkan kepada Al-Quran dan Al Sunnah. Namun walaupun kita semua tahu perkara itu dari sekolah dulu hakikatnya takde satu negara kat dunia ni yang melaksanakan sepenuhnya sistem pemerintahan Islam tersebut hatta negara yang 95 peratus penduduknya beragama Islam sekalipun.
Sebenarnya sistem pemerintahan sesebuah negara pada masa sekarang jauh lebih kompleks dari zaman pemerintahan Rasulullah dahulu. Walaupun saiz negara dan jajahan serta penduduknya mungkin lebih besar tetapi ia tidak serumit/sekompleks sekarang.
Persoalan seperti pembangunan pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Sistem ekonomi yang luas termasuk pasaran saham, perdagangan mata wang, kemelesetan ekonomi, pengurusan KDNK negara dan kesan kepada pengangguran serta perkara berkaitan. Mekanisma pertahanan dan keselamatan negara termasuk jenayah cyber,jenayah terancang dll. Kajian Sains dan teknologi terkini. Sistem politik dan demokrasi yg melibatkan minoriti muslim. Sistem pekerjaan termasuk perkilangan, perindustrian, pelaburan dll.Sistem perundangan dengan jenayah yang semakin kompleks pada masa kini. Hubungan diplomatik antara negara, survival ekonomi negara dsb yang memang perlukan ilmu yang luas dan tiada dibincangkan secara mendalam Al-Quran dan Al-Sunnah mahupun terdapat contoh yang boleh digunapakai pada zaman Rasulullah dahulu.
Tiada seorang individu pada zaman sekarang boleh mengetahui segala-galanyanya dan membuat keputusan tentang semua perkara seperti yang Rasul mulia kita lakukan dulu yang mendapat hidayah terus dari Allah. Inilah sebenarnya cabaran sistem pemerintahan Islam.
Bila terdapat cadang ilmu baru, maka akan ada pendapat berbeza dalam tafsir masalah tersebut bergantung kepada situasi sesebuah negara dan keadaan persekirannya walaupun semua mendakwa mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.
Sebab tu amat sedih bila melihat perbincangan tentang sistem pemerintahan Islam hanya berkisar tentang minum arak, zina ataupun mencuri yang melibatkan Hudud ataupun Takzir. Benda ni memang wajib dibuat namun ia hanya sebahagian persoalan kecil dalam sistem pemerintahan negara sekarang. Tapi perkara itulah yang dibincangkan panjang lebar oleh orang yang alim dalam bidang tersebut dan kadangkanlah ia menyumbang kepada perpecahan sesama umat.
Sedangkan persolan lebih besar seperti yang diatas perlu juga dibincangkan secara serius dan mendalam disamping membincangkannya dari konteks kenegaraan semasa.
Kita boleh sahaja bercakap soal logik akal sistem bukan Islam yang lemah dan tidak menurut Al-Quran. Tetapi jarang sekali memberikan satu alternatif baru yang bukan sahaja lebih baik tapi juga sesuai untuk diaplikasikan pada dunia sebenar. Yang boleh dipakai oleh semua. Yang boleh dibuktikan jauh lebih baik dari sistem sekarang.
At least itulah yang aku dapat lontarkan idea sekarang ni fairuz..:)
Leave a Comment