P O L E M I K (4)

8:02 AM by , under


:), originally uploaded by mr_fairuz.

_assalamualaikum

Berjumpa kembali di sini dan di saat ini...
Mase aku duduk berseorangan di tasik sambil melayan kepenatan berjogging tempoh hari...
aku terfikir tentang sejauh mana agama Islam kita ini adalah agama yang betul betul mudah dan praktikaliti.

Ya,aku sedang membincangkan tentang agama Islam..maka penganutnya adalah muslim atas mizan isim fa3el.ok2,aku tidak bercadang mahu memperkatakan tentang itu.

Nah,apa yang aku mahu perkatakan di sini ialah betulkah agama Islam ini adalah agama yang mudah,universal,praktikal dan tidak memaksa?

Itulah beberapa persoalan yang menjadi mainan kepada orang awam yang bukan Islam malah tidak keterlaluan untuk aku perkatakan bahawa kepada umat Islam itu sendiri.

Ingin aku membawa anda sekalian sebagai contoh tentang pemakaian tudung di kalangan wanita.Benarkah Islam itu agama yang menyusahkan yang mana mewajibkan seorang perempuan menutup kepalanya dan melabuhkan kain penutup kepalanya melebih paras dadanya?

Tetapi realitinya adalah tidak praktikal bagi seseorang wanita itu memakai selendang yang mana tangannya hendaklah dikehadapankan setiap masa kerana dikhuatiri akan terjatuh selendang itu.

Mungkin contoh yang aku bawakan ini adalah satu daripada sejuta persoalan yang mungkin kita sama sama fikirkan..Maka,adakah betul Islam itu adalah agama yang membawa asa asas yang negatif?

Bagaimanakah pula dengan persoalan hukum jenayah Islam?Apakah persepsi anda mengenai hukum hudud seperti rejam,potong tangan,sula dan hukuman rotan?

Adakah benar hukuman hukuman seperti ini membawa kesan yang sangat negatif kepada masyarakat kita.? Benarkah agama Islam itu adalah agama yang zalim seperti yang telah ditunjukkan kpeada dunia bahawa Islam menghalalkan terrorisme?

Aku tidak mahu menjawab permasalahan permasalahan ini.Mungkin juga aku boleh katakan ini bukan masalah,malah ini adalah cabaran kepada kita untuk menjawab dan mendepani akan hal hal ini.

Sehingga kita bertemu kembali.

_full stop



edit post

4 Reply to "P O L E M I K"

Acaii Jawe on July 10, 2009 at 8:56 AM

Salam bro fairuz,

Selamat hari jumaat :) Bagi aku sebenarnya Islam tu mudah bagi orang yang beriman sungguh2 kepada Allah. Sama macam solat, nak dapat khusyuk tu mudah bagi orang yang benar2 hayati dan khusyuk dalam solatnya.

Setiap larangan Allah mempunyai kebaikan yang tidak dapat dinafikan lagi. Tentang semua perkara. Kekadang hikmahnya melangkaui batas pemikiran kita sebagai manusia. Manusia yang kekadang tidak sabar dan gelojoh dek mengejar dunia sahaja.

Bagi aku perkara terpenting sebagai seorang Islam adalah soal akidah/tauhid dan ibadah. Benda tu memang takde kompromi dan wajib beriman sungguh2. Sami'na wa ato'na.

Tapi bab2 lain seperti cara hidup, bab munakahat, muamalat dsb kita beruntung kerana kita boleh memilih perbezaan pendapat ulama' yang juga merupakan rahmat kepada kita semua. Tak ada satu perkara yang semua orang kena setuju dan betul.

Ini kerana bidang ilmu tu sangat luas dan pentafsiran sesuatu hukum tu boleh jadi ada perbezaan dikalangan ulama' mengikut peredaran masa dan keadaan persekitaran sesebuah negara.

Mencuri boleh sahaja dipotong tangan dalam negara yang aman dan makmur. Tetapi dalam negara yang bergolak dan miskin hukuman tersebut tidak boleh dipakai kerana situasi tersebut tidak sesuai dan tidak adil kepada si miskin yang hampir mati tidak dapat makanan.

Begitu juga bab pemakaian tudung, perlaksaan hudud dan sebagainya. Perbezaan pendapat dalam bab tersebut adalah sangat byk dan berterusan sehingga kini. Ilmu kita tak tinggi mana untuk menghukum mana pihak yang benar dan salah. Boleh jadi satu pihak betul dan satu lagi salah. Boleh jadi juga dua2 betul dan dua2 salah :)

huissh, panjangnya aku komen :) dah macam entry plak,huhu..sory bro.

 

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken on July 10, 2009 at 7:36 PM

respek hang acai. jadi artikel terus komen. hehehe.

eh, hudud ada sula ker? aku tak perasan pulak. hahahaha

 

f a i r u z on July 12, 2009 at 12:45 PM

Ust acai.

Thanks la bg pandangan mcm tu.Memamng ko jd org pertama buat entry baru dlm ruangan komen aku.

Aku setuju ttg bebrapa perkara yang ko cakap tu.

terigt kata kata ulama yang aku tak igt namenye.

"kami hanya berda'wah,bukan menghukum"

Bab aqidah mmg takboleh kita pertikaikan sbb ia menjadi asas pegangan kita.

tetapi bab fiqh.banyak org membahaskannya.terus,kita yg dikurniakan akal pun tidak lari untuk membahaskan selagi mana ianya didasari dgn hujah hujah yg betul :)

cuma perkara yang nak aku highlite kan,bagaimana kita nak menunjukkan bahawa islam itu adalah selari dgn prinsip prinsip asasnya sedangkan realitinya Islam itu kite boleh lihat bhw ianya tak selari dgn apa yg sepatutnya kita tunjukkan.

Islam tu org pndg mcm agama dakwaan shj.kit amendakwa cth islam itu agama perpaduan,realitinya kite tgk org islamla yg byk bepecah belah.cth lain,islam itu agama yg menyuruh umatnya menjadi kaya,ttp umat islam yg miskin.ia dilihat seolah2 tak selari dgn apa maksud agama islam itu sendiri.

Bukannya aku mempertikaikan islam itu.jelasnya yg mnjadi persoalan ialah penganutnya.kan?

sama2 kita menjadikan islam itu adalah the way of daily life :)

eh eh,mcm entry gak ke?ekekekke

 

f a i r u z on July 12, 2009 at 12:46 PM

lotpi :

thanks betulkan semula.
seigt aku sula bukan menjadi salah satu pembalasan hukum had :)

kalau aku slaah,sila lah betulkan aku.