A D I L (6)

7:42 PM by , under


Sungai Haji Dorani juzu' IV, originally uploaded by mr_fairuz.

Khasiat madu sememangnya tidak boleh dinafikan
sehinggakan madu ini juga disebutkan dalam alquran.
surah apa?juzu berapa?..itu anda pastikan..
Madu juga mempunyai sifat sifat yang tertentu

Sememangnya madu yang manis ini juga tidaklah lari dari sifatnya yang pahit...
bagi sesiapa yang mempelajari ilmu balaghah ataupun majaz..
akan memahami ertinya..
bahasa melayu juga tidak kurang hebat dan kayanya dari segi maknanya

Payung emas..adakah anda sanggup untuk memegangnya di akhirat nanti?
hehe..itulah alasan sang suami untuk memiliki francais satu lagi
lagaknya seperti seorang alim yang bersyarah pada sang isteri
sang isteri tertunduk dan tekun mendengarnya..

Oh tidaklah aku melawan hukum ketetapan Allah..
sang suami sewajibnya memliki ilmu dan kesediaan yang jitu
jika mahu menjadi kapitan kepada dua kapalnya

dan jika sang suami itu mampu dan berlaku adil
adalah diharuskan untuk mereka mengemudi 2 bahtera..
moga ianya menjadi bekalan secukupnya untuk dituai
di hari muka nanti..

anda..bagaimana?



edit post

6 Reply to "A D I L"

Maksu on June 8, 2009 at 9:49 PM

tetiba lak rasa seperti hincik telah berkahwin dan beristeri dua.kuikuikui

 

f a i r u z on June 9, 2009 at 12:35 AM

haha~
sorry yer..
sy bujang empat lagi ~

 

CONNIE on June 9, 2009 at 11:52 AM

so in love with that pic
090609

 

Acaii Jawe on June 9, 2009 at 2:26 PM

Slm bro,

Aku rasa ayat Quran yang cakap khasiat madu tu dalam Surah An-Nahl..:) dan yang cakap pasal bermadu tu dalam Surah An-Nisa'..dulu masa blaja aku adalah wat kajian skit2 pasal madu nih,hehe..

Kalau nak tau camne rasanya pengorbanan perempuan yang hidup bermadu, cubalah bayangkan kita kongsi isteri kita ngan orang lelaki lain..camtu gaklah yang mereka rasa :)

Kemampuan suami juga diukur bukan dari sudut material semata2..tapi dari segi fizikal dan mental..kekadang mcm rasa bleh berlaku adil tapi sebenarnya ia menganiaya satu pihak lagi..ceehh, apesal aku mcm membela kaum wanita nih,hahahaa..

 

As on June 9, 2009 at 8:32 PM

acai, power ah analogy tuh :D

btw encik fairuz, hadith payung mas tu kan hadis dhaif..
ni stakat yang as kaji lah..
wallahu'alam

 

f a i r u z on June 9, 2009 at 9:10 PM

connie: thanks..many thanks...090609

acai: alhamdulillah...ade gak org na buka dan terus igt...mende ni sgt subjektif...cume yg aku kesalkan ialah adanya usaha2 memperjuang suara wanita sehingga berlakunya isu2 gender yg sgt2 mengaburi masyarakat..usaha2 ini yg aku lihat akan menyebabkan ketidak seimbangan hak2 antara lelaki n perempuan

as: owh..mcm tu ke as?sy tak kaji ttg takhrij hadit tu..nanti sy kaji ye :)