salam
_Maslahah
Dari segi bahasa, asal perkataan maslahah ini berasal daripada saluha iaitu lawan kepada fasada yang membawa maksud member manfaat kepada indiviu atau pun masyarakat pada setiap keadaan. Manakala Muhammad Salam Madkur mentakrifkan bahawa maslahah bermaksud menarik kemaslahatan dan menolak kemudaratan menurut batas-batas yang dapat menjaga matlamat syara.
Menurut Ibn Asyur, maslahah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu :
Maslahah Am bermaksud maslahah yang berkait dengan umat atau masyarakat sahaja yang tidak berkait dengan individu seperti menjaga kepentingan awam termasuklah melaksanakan fardu kifayah seperti keperluan masyarakat kepada ilmu, maka demi kemaslahatan awam menuntut ilmu itu adalah wajib.
Maslahah Khas bermaksud maslahah yang berkait dengan kepentingan maslahah individu dan seterusnya maslahah untuk masyarakat. Sebagai contoh perlantikan wali kepada individu yang boros oleh hakim.
Setelah kita melihat beberapa dalil al quran dan perspektif maslahah menurut Ibn Asyur, maka dapatlah kita simpulkan bahawa agama Islam itu sendiri amat mementingkan maslahah daripada peringkat individu hinggalah ke peringkat masyarakat dan ini dapat disimpulkan melalui maqasid al syariat atau tujuan pensyariatan Islam.
Antara maqasid Al Shariah ialah penjagaan kepada 5 perkara iaitu :
1.Penjagaan ke atas agama
2.Penjagaan ke atas jiwa
3. Penjagaan ke atas nasab (keturunan)
4. Penjagaan ke atas akal
5. Penjagaan ke atas harta
Lima perkara di atas merupakan perkara yang menjadi asas kepada para ulama dalam penentuan hukum demi menjaga kemaslahatan am dan menghindarkan daripada kemudaratan pada semua peringkat. Oleh yang demikian,segala jalan dan pintu yang mengarahkan kita kepada kemasalahatan adalah perkara yang wajib dilakukan manakala yang akan melanggar prinsip di atas itu adalah wajib bagi kita untuk dijauhi



0 Reply to "M A S L A H A H"
Leave a Comment