Dewasa kini, agama Islam sering dilabelkan sebagai agama yang tidak relevan dan sukar diamalkan dalam kehidupan seharian. Namun dakwaan – dakwaan dan kenyataan- kenyataan yang dangkal seperti ini adalah tidak benar sama sekali kerana ianya dilabelkan oleh individu – individu yang tidak melhat syariat Islam secara universal dan mereka sendiri tidak punya dalil dan hujah tentang dakwaan – dakwaan yang mereka utarakan itu.
Sesuai dengan maksud Islam itu sendiri iaitu sejahtera, maka Islam amat menitik beratkan penjagaan maslahah dan menolak mafsadah yang mana dapat kita ambil dari lima aspek utama iaitu penjagaan agama, nyawa, harta, keturunan dan aqal. Oleh yang demikian, penghindaran dari segala pintu dan jalan yang boleh merosakkan lima aspek yang telah disebutkan itu juga merupakan salah satu asas dalam tujuan falsafah perundangan Islam.
Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil – hasil kajian oleh para ulama dan mujtahid yang agung dalam menghasilkan kaedah – kaedah fiqh dalam Islam demi menjaga masalahah yang terdiri dari keperluan dharuriyat, hajiyat, tahsiniyat dan mukammalat. Ini seterusnya akan menjamin keharmonian dan kestabilan institusi kemasyarakatan itu sendiri.
Jika keperluan – keperluan empat yang telah disebutkan tadi tidak dapat dipenuhi, maka implikasi dan realitinya akan dapat dilihat seperti mana yang berlaku pada era globalisasi ini adalah kehancuran ketamadunan peradaban manusia sejagat seperti peperangan saudara, penghapusan etnik, budaya rasuah yang sangat berleluasa dan lain lain lagi.

4 Reply to "S I T U A S I"
Unknown on April 10, 2009 at 12:33 PM
pergh dah fisheye skrg
f a i r u z on April 10, 2009 at 2:26 PM
oloh2.main2 aja pak....
Maksu on April 10, 2009 at 11:34 PM
Penulisan ilmiah seh! Ni baru macam student... Takde perkataan singkatan...huhu..
f a i r u z on April 12, 2009 at 12:18 AM
heh.cik wartawan da approve.
Leave a Comment