T E R H E N T I (6)

11:11 AM by , under


Andai masa itu dapat aku hentikan walau sesaat..
Andai masa itu dapat aku kembali walau dengan sehela nafas..

aku akan mengubahnya..dengan daya dan iman yang akan aku gagahi
aku leka..aku alpa..aku berdosa...

hakikatnya..
aku benci untuk mengingati perkara itu..
kerna ku tahu ianya sangatlah memedihkan jiwa memilukan hati

kalau lah aku dapat kembali ke masa itu..
maka aku akan menegur diri aku yang sedang leka dan dibuai dengan kepalsuan itu

jikalau boleh..
akan aku gunakan segala kudrat dan ikhtiar agar perkara itu dapat aku cegah dari seawal mgkn
namun aku tahu...fitrahnya memang begitu...

mustahil bagi fikiran manusia untuk kembali ke masa yang lalu
tidak adil untuk aku pinta dan merayu

masih terngiang kata kata seseorang kepada aku
jangan kita lari daripada hakikat..
ah..tertampar rasa di mukaku..

terduduk dan terpaku di situ..
mengenang kembali masa nan lalu...

aku tekad dan aku mahu..
untuk menentukan perkara yang lebih baik bagiku

walau aku tahu aku tidak mampu
kiranya Allah tidak aku jadikan sebagai tempat bergantungan aku..

hu allah..hu allah..hu allah...
dan sesungguhnya aku tahu..
masih belum terlewat bagi aku untuk mengubah diri ku..





edit post

6 Reply to "T E R H E N T I"

Maksu on February 14, 2009 at 8:22 PM

Jika tiada masa lalu siapalah kita pada hari ini...
Seandainya ia tidak berlaku pasti leka memakan diri...
Dan tiada menyedari sehingga kini...

 

Anonymous on February 15, 2009 at 2:36 PM

zilzal! ini istimewa!!!

 

CONNIE on March 3, 2009 at 4:32 AM

bile nak update nih.

 

f a i r u z on March 5, 2009 at 4:59 PM

leh tlg updatekan?:)

 

Anonymous on March 11, 2009 at 9:13 AM

iT's a nice shot indeed!

 

zackzara on March 29, 2009 at 1:55 PM

I really like this shot. Ajarkan camne..